BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 2, 2009

Nostradamus


Siapa sebenarnya Nostradamus
Merupakan seorang peramal yang terkenal dengan buku yang dikarangnya dikatakan sebagai keramat. Dilahirkan pada 14 Disember 1503 di St. Remy de Provence,Perancis dan meninggal dunia pada 2 Julai 1566. Orang yang taksub dan fanatic tentang ramalannya menggelar beliau sebagai peramal kemusnahan kerana kebanyakan ramalan yang dibuat oleh beliau berceritakan tentang kemusnahan, dan kematian.
Buku-buku yang dikarang oleh beliau memang terkenal di seluruh dunia dan yang paling popular hanya sebuah sahaja iaitu bukunya yang bernama The Prophecies yang dikarang sendiri oleh beliau. Ada pembaca yang mungkin taksub dengan ramalan itu membuat artikel dan mengaitkan ramalan beliau itu dengan setiap peristiwa yang berlaku.
Tentang buku itu pula, ia mengandungi 942 Quatrain (quatrain = puisi 4 baris) yang disusun dalam setiap kategori yang dipanggil sebagai Century. Ianya ditulis dengan pelbagai bahasa antaranya Perancis, dan menggunakan bahasa istilah lain seperti bahasa latin, greek dan sebagainya. Penulisannya sukar difahami kerana ayat karangannya dikatakan terlalu berbunga – bunga dan agak menyukarkan apabila perkataan tertentu merujuk kepada seseorang dan nama tempat digantikan dengan istilah lain untuk para pembaca melakukan kajian sendiri. Buku itu mengandungi himpunan puisi dan seakan-akan bidalan melayu.
Ramalan yang dikaitkan dengan penulisan beliau.

0 comments: