BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 2, 2009

Black Hole

Large Hadron Collider (LHC) merupakan makmal terbesar yang berbentuk jaringan pipa yang kuat dan panjangnya mencapai 27 kilometer atau disebut Mesin Super Collider.

Eksperimen yang dilakukan di Laboratorium CERN (European Organization for Nuclear Research) yang terletak di Swiss (perbatasan Swiss dan Perancis) ini dikuatiri akan menimbulkan bahaya dan boleh memusnahkan dunia, iaitu terbentuknya Lubang Hitam ( black hole ) di Bumi.

Eksperimen ini ditentang hebat oleh semua lapisan mayarakat kerana kesannya kepada alam. Video di bawah menunjukkan tentang kemusnahan secara besar – besaran pada permukaan bumi dan kemungkinan terjadinya Lubang Hitam di Bumi. Dalam video itu digambarkan Lubang Hitam akan menghisap Bumi yang berawal di laboratorium CERN.

Ramai para saintis di Amerika Syarikat menghalang agar projek itu segera dihentikan untuk keselamatan dunia. Akibat daripada aktiviti yang berbahaya yang dihasilkan oleh mesin itu. ( Mesin Super Collider), iaitu berubahnya struktur partikel tanah yang dapat terjadinya Lubang Hitam mini (subatomic Black Holes) di Bumi.

Hal itu bererti, secara perlahan kawasan di sekitarnya akan musnah dan semakin meluas dan merebak ke seluruh Bumi. Disebutkan pula bahawa Lubang Hitam kecil yang dihasilkan eksperimen itu dapat bertambah besar karena menerima tenaga hingga menjadi cukup besar untuk menghisap seluruh tanah. Dengan kata lain, kemusnahan yang besar akan berlaku yang sudah pasti datangnya itu akan terjadi akibat perbuatan manusia itu sendiri.

Perintah untuk menghentikan projek itu diadili di Wilayah Amerika yang terletak diHawai ini diajukan pada bulan Mac 2008 lalu. Beberapa ilmuwan Amerika meminta keputusan pengadilan untuk menghentikan eksperimen LHC. Apabila pembantahan dalam menjalankan projek itu berjaya, maka projek yang bernilai 8 juta dolar AS itu akan dihentikan serta merta.

Semua itu adalah cadangan bantahan yang dibuat oleh Dr. Otto E. Rossler dari Universiti Tubingen di Jerman merasa khuatir dengan kemungkinan bahaya itu.

Pendapat itu disokong oleh sekumpulan ahli fizik yang dikenali sebagai “The Committee for Elementary Particle (KET)” di Jerman yang menulis laporannya bahawa eksperimen particle accelerator perlu dihentikan serta merta.

“Tidak ada dasarnya LHC akan menghasilkan Lubang Hitam yang dapat menghisap tanah,” bunyi laporan KET.

Data ujikaji yang diberikan kepada Dewan CERN dalam pertemuan Jun 2008. Dewan CERN terdiri dari 20 wakil pemerintah negara-negara anggota CERN. Laporan itu juga diperiksa secara terperinci oleh The Scientific Policy Committee (SPC), yang terdiri dari 20 ilmuwan terkenal yang pernah menjadi pemenang Nobel.

“Laporan menunjukkan bahwa LHC akan selamat,”kata Jos Engelen, pemimpin ilmuwan CERN. ”LHC sudah melaksanakan eksperimen ratusan ribu projek. Ternyata planet ini masih tetap ada,” katanya penuh percaya diri.

Andaikan eksperimen dijalankan, mungkinkah manusia dapat mencipta Lubang Hitam yang akan melenyapkan Bumi dari angkasa.




GAMBARAN










































0 comments: