BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 18, 2010

Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi tahun 2012?

Aku teringat ada pada suatu ketika dulu, tak salah aku diawal tahun 80′an, ada keluar berita kat tv, NASA melaporkan tentang penemuan planet baru berhampiran dengan sistem solar kita ini. Ia dikesan melalui teleskop infrared IRAS. Ia kelihatan seperti bintang berwarna merah yang cerah.

Planet ini dinamakan dengan pelbagai nama antaranya Planet X, Nibiru, Red Giant, Destroyer (nama diberikan oleh orang zaman kuno) etc. Whatever it is, ia pasti akan membawa bala besar kepada bumi dan planet-planet berdekatan kerana ia telah dibuktikan bahawa ia pernah melalui sistem kita ini dan ia akan ‘flyby’ atau melintas selang 3600 tahun. Ia dipercayai telah menyebabkan banjir besar pada Zaman Nabi Noh, berlakunya Ice Age dan menenggelamkan Atlantis!
Mengapa boleh berlaku sedemikian rupa punya bala?

Antara sebabnya ialah bila ia melalui/berselisih dgn sistem solar kita, ia akan mengganggu kestabilan dan keseimbangan daya graviti, mempengaruhi pergerakan planet lalu menyebabkan kepincangan sistem planet – jadi havoc.

Apabila ini berlaku, ia akan membawa kepada keadaan cuaca dunia yang paling buruk, gempa bumi merata-rata, tsunami mengganas, angin bertiup kencang, kiri kanan letupan gunung berapi, sea level meningkat secara drastik etc.

Ada juga teori yang menyatakan salah sebuah dari ‘bulan’ planet x ini pernah menghentam bumi primitif ini suatu ketika dulu, lalu berkecai sebahagiannya dan menghasilkan satu gegelung asteroid (asteroid belt) di sekitar bumi lalu membentuk bulan.
Mengapa sebelum ini manusia tak pernah menceritakan kisah ini?

Ada, didalam manuskrip-manuskrip kuno, tablets, heiroglyphs cuma interpretationnya berlainan seperti dari Artifak Sumerian, Egyptian etc.

Selain itu Kalendar Purba Maya, iaitu kalendar yang paling tepat didalam dunia juga telah meramalkan tentang ini. Ramalan astronomi kalendar unik dari peradaban Maya ini bukan sahaja mencartakan hari, bulan dan tahun malahan kosmologi dan ramalan peristiwa dunia yang besar. Dan ia tidak pernah silap! contoh seperti gerhana-gerhana tepat. Yang peliknya, Long Count kalendar itu ‘berakhir’ pada tarikh 21 Disember 2012.

Antara ramalan yang paling haru biru pada tarikh tersebut ialah akan terjadinya ‘galactic alignment’ dimana kedudukan sistem suria relatif kepada galaksi Bima Sakti membolehkan astronomer melihat terus ke arah ’super-massive blackhole’ yang berada ditengah-tengah galaksi Milky Way. Ini juga bermakna kita akan terdedah kepada sinaran radiasi yang terpancut terpancar keluar dari tengah-tengah ‘disk’ tersebut.

Galactic alignment yang berkitar pada setiap 26,000 tahun ini dipercayai akan mengubah sudut paksi dan arah putaran bumi (Pole/Polar Shift). Apabila ini berlaku, putaran bumi akan menjadi perlahan lalu berhenti seketika, selepas tu ia akan berputar pada arah berlawanan? Matahari terbit dari barat? Tanda kiamat?

“During 2012 Earth is to experience the largest maximum of Solar activity; i.e. of the Sun, ever experienced. The resultant energies, particularly if directed towards earth, have the potential for considerable and dramatic physical effects including but not limited to a magnetic pole shift, a reversing of the direction of the movement of the tectonic plates of the Earth, resulting in massive earthquakes, tsunamis and volcanic activity, and a blotting out of the Sun resulting in another ice age”

Selain itu bahaya lain yang menunggu ialah “Ribut Solar” yang mungkin boleh membuat kita jadi BBQ pada 2012. Pada ketika itu bumi akan menghadapi pendedahan kepada aktiviti solar yang maksimum. Ini telah dibuktikan melalui probe Nasa yang diciptakan khas untuk mengesan fenomena ini. Ia memberi petunjuk bahawa lapisan pelindung radiasi bumi yang dinamakan Magnetosphere semakin melemah. Jika ia hilang sepenuhnya maka kita pun akan jadi arwah.

Ok berbalik kepada kisah planet misteri ini. Sebenarnya ia mempunyai orbitnya yang tersendiri, laluannya yang lebih panjang dan pelik. Ia juga masih belum disahkan lagi samada ia adalah salah sebuah ahli sistem kita yang normal atau adakah ia satu sistem solar mini (terdapat planet-planet kecil yang mengelilinginya) yang sifatnya sebagai ‘intruder’?

Kemaraan planet ini dapat dirasai apabila beberapa satelit Nasa mengalami anomali, ini berlaku kerana ia berkaitan dengan kesan dari kemaraan dan daya tarikan graviti Planet X tersebut. Buat masa ini Nasa sedang meng-usya planet ini dari Kutub Selatan.

Yang menariknya ialah kita bakal menikmati 2 buah matahari pada waktu itu huhu. Tapi hanya untuk beberapa minggu/bulan sahaja sebelum ia pergi jauh semula.

Walaubagaimanapun, menurut perkiraan berdasarkan hayat bumi dan sela orbit Nibiru ini, ia telah pun mengorbit matahari sebanyak 1.35 juta kali. Membuktikan bahawa setiap kali ia ‘tumpang lalu’ ia tidak akan membawa bencana besar, kira macam nasib lah..

Jika benar pun, laluan dan the level of threatnya tak ada siapa yang boleh ramalkan secara tepat. Kesan terburuk yang dapat diramalkan ‘cuma’ 3/5 populasi akan mampus secara free, selebihnya akan merana – kata mereka. Kalau ia berlaku pun, mungkin sementara waktu saja walaupun effectnya akan mengambil masa yang lama untuk bumi recover semula, siapa survive pun mungkin muka macam sate daging.

Kenapa tak ada official anouncement?

Ada yang berkata ini suatu konspirasi kerajaan sedunia untuk menyembunyikan maklumat ini demi mengelakkan panik. Mereka juga kata, global warming dan keadaan cuaca tidak menentu yang disebabkan oleh lapisan ozone adalah suatu cover-up. Claim mereka, penyebab utamanya ialah Planet X.

Ya ini semua memang MENAKUTKAN dan kerja menakutkan orang lain adalah seronok tapi..
Adakah semua ramalan ini benar?

Hakikatnya kedatangan planet ini telah pun diramalkan akan tiba pada tahun 2003.. tapi masih tiada apa-apa yang berlaku, ramalan terbaru sekarang ni ialah ia akan datang pada 2012 pulak dah.. ada juga yang ramal tahun 2053 huhu.. Hakikatnya lagi, masih tiada bukti kukuh tentang kewujudan planet ini, mereka masih confuse dengan kehadiran bintang dan planet yang lain.

Ada yang siap tengok kalendar tarikh 21.12.2012 tu hari apa – Jumaat, dan terus buat kesimpulan hari itu ialah hari kiamat. Tak belajar agama kut. Takkanlah 2012 tu kita akan dapat satu pakej bala yang lengkap, macam-macam bala datang. Tak logik langsung. Mungkin ini suatu fenomena ramalan biasa yang sama seperti Supervolcano dan Y2K oleh golongan orang-orang yang digelar “doomsayers” dan “naysayers”.

Setelah membaca beberapa artikel dan menonton beberapa video tentang bahaya mendatang ini aku berpendapat;

* The ultimate outcome of 2012 (atau tahun bila-bila pun) bukanlah ditentukan dari perkiraan matematik atau ramalan pihak tertentu. Ini semua adalah uncertainties belaka.. Allah je yang tahu.. lebih-lebih lagi tentang tarikh kiamat.

* Ini ialah propaganda media semata-mata

* Tak perlu risau tentang perkara yang tak ada fakta dan bukti yang betul-betul solid.

* Apa nak jadi, jadi la, yang penting live life to the fullest!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut untuk menakutkan diri anda sendiri atau mencari kebenaran, search saja keyword: planet x, nibiru, galactic alignment, polar shift atau 2012 ke dalam search engine.