BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 2, 2009

21.12.2012???


Pada tarikh tersebut berlaku suatu peristiwa yang paling dahsyat yang belum pernah dialami manusia sebelum ini. Pada hari tersebut segala yang ada di cakerawala seperti bulan, bintang dan planet bertembung antara satu sama lain. Jeritan manusia - manusia yang menjerit ketakutan serta kesakitan kedengaran di setiap sudut, haiwan – haiwan juga tidak melepaskan peluang untuk menyelamatkan diri dari bencana yang dahsyat itu. Tidak lama peristiwa itu berlaku bumi berkecai dan hancur lantas bertukar menjadi debu yang berterbangan. Mungkin tidak ada seorang pun yang hidup atas bencana tersebut.

Itulah gambaran yang diramalkan akan berlaku pada tarikh 21.12.2012. Persoalannya adalah, siapa yang membuat ramalan tersebut sehinggakan ianya begitu terkenal sehingga sekarang dan dapat menarik minat para saintis dan cendekiawan untuk menyiasat serta ingin merungkai ramalan tersebut?

Itulah yang ramalan yang dibuat oleh suku kaum yang bernama suku kaum Maya yang tinggal di bumi Mexico. Suku kaum tersebut telah lama wujud dan amat terkenal dengan bidang astronomi, kejuruteraan dan sebagainya.
Ramalan yang dibuat oleh kaum Maya ini menjadi perhatian ramai kerana mereka memang terkenal dengan kepakaran yang mereka miliki itu iaitu dari segi bidang astronomi
Suatu ketika dahulu pun pernah timbul ramalan yang bumi akan binasa disebabkan ais yang berada di kutub semakin mencair akibat pemanasan global, dan tidak kurang juga yang membuat andaian bahawa gunung berapi yang terletak di Yellowstone, Amerika Syarikat akan meletus dan mengeluarkan lahar itu yang dapat mengakibatkan bencana alam yang amat dahsyat.

Namun bagi umat Islam, kiamat bukanlah suatu yang boleh diramalkan. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran yang menegaskan bahawa tidak ada seorang pun yang boleh meramalkan bila berlakunya peristiwa kiamat meskipun mereka itu adalah dari kalangan insan – insan terpilih yang diangkat darjatnya menjadi Nabi dan Rasul.

“ MEREKA BERTANYA KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD) TENTANG HARI KIAMAT: BILAKAH MASA DATANGNYA? KATAKANLAH: SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN MENGENAINYA HANYALAH ADA DI SISI TUHANKU, TIDAK ADA SESIAPA PUN YANG DAPAT MENERANGKAN PADA WAKTUNYA MELAINKAN DIA. (HURU-HARA) HARI KIAMAT ITU ADALAH BERAT (MENGGERUNKAN MAKHLUK-MAKHLUK YANG ADA) DILANGIT DAN DI BUMI; IA TIDAK DATANG KEPADA KAMU MELAINKAN SECARA MENGEJUT. MEREKA BERTANYA KEPADAMU SEOLAH – OLAH ENGKAU SEDIA MENGETAHUINYA. SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN MENGENAI HARI KIAMAT ITU ADALAH DI SISI ALLAH, TETAPI KEBANYAKAN MANUSIA TIDAK MENGETAHUINYA”. - SURAH AL A’ARAF AYAT 187.

0 comments: